GritzVIP
BMEN

Notis Privasi Gritz VIP

Berkuat kuasa 17 November 2026.

Gritz Sdn Bhd memproses data peribadi anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Data yang kami kumpul

Nombor telefon dan No. IC (wajib; untuk IC kami simpan 4 digit akhir dan kod sehala sahaja), nama, dan pilihan anda: emel, tarikh lahir, fasa, jantina. Sejarah order dengan nombor yang sama.

Tujuan

Mengurus akaun dan order, menghantar peringatan stok, tips, ucapan dan promosi VIP melalui notifikasi app, emel atau WhatsApp, serta memperbaiki perkhidmatan.

Rekod Journey (data kesihatan)

Journey ialah pilihan. App ini berfungsi penuh tanpanya. Jika anda memilih untuk mula, kami simpan: simptom yang anda tanda, check-in harian anda (perasaan, tidur, tahap simptom), rekod "Dah makan", dan waktu peringatan yang anda tetapkan. Jika anda memilih untuk menyimpannya, kami juga simpan gambar susulan, nota tulisan dan nota suara yang anda hantar sendiri. Ketiga-tiga ini pilihan sepenuhnya dan Journey tetap berjalan tanpanya.

Jika anda memilih Journey EASE, kami simpan jawapan profil anda semasa mula (rokok atau vape, berapa sehari, berapa lama, bila paling teringin), check-in harian anda (berapa batang, berapa kali guna EASE, tahap rasa teringin), dan berapa kali anda menekan butang Rescue. Sasaran harian ialah sasaran anda sendiri; app hanya mengira dan menunjukkannya.

App ini ada bahagian Komuniti: "Geng EASE" dan "Wanita Hebat". Menyertainya ialah pilihan, dan anda perlu menekan Sertai dan bersetuju dengan adab komuniti sebelum boleh menulis. Apa yang anda tulis di situ (cerita, balasan, soalan) berbeza daripada rekod peribadi anda: ia dibaca oleh ahli lain dalam komuniti itu dan oleh staf Gritz, dipaparkan dengan nama pendek anda (contoh: Faizal R.) atau sebagai "Ahli" jika anda memilih tanpa nama, bukan nama penuh, nombor telefon atau alamat. Jika anda ikut Journey, lencana hari anda (contoh: Hari ke-12) dipaparkan di sebelah nama. Kemajuan dan pencapaian anda hanya dikongsi apabila anda sendiri menekan Kongsi. Jangan tulis maklumat peribadi atau perubatan yang anda tak mahu orang lain baca.

Komuniti ini dijaga. Tulisan yang mengandungi bahasa kesat, jualan, pautan atau nombor telefon ditahan sehingga staf menyemaknya. Staf boleh menyorok mana-mana tulisan yang memberi nasihat ubat, menjual barang, bergosip atau menyerang orang lain. Sesuatu cerita hanya dipaparkan di halaman produk jika anda sendiri menandakan izin itu semasa menulisnya dan staf memilihnya. Apabila anda menyokong, membalas atau meminta sokongan, ahli yang berkenaan mungkin menerima notifikasi dalam app.

Shop boleh digunakan tanpa akaun. Jika anda membeli tanpa mendaftar, kami simpan nama, nombor telefon, emel (jika diberi) dan alamat penghantaran yang anda isi, untuk memproses dan menghantar order itu serta menghubungi anda tentangnya. Kami tidak menghantar promosi kepada anda atas dasar pembelian itu sahaja. Troli dan halaman status order anda diingat melalui kuki pada telefon anda selama 30 hari.

Ini data kesihatan, iaitu data peribadi sensitif di bawah PDPA. Kami hanya mengumpulnya selepas anda menandakan izin di skrin mula Journey, dan hanya untuk tujuan ini: tunjukkan kemajuan anda sendiri, pilih tip yang sesuai, hantar peringatan makan, dan membolehkan pasukan kami menghubungi anda jika anda melaporkan simptom yang teruk.

Rekod ini peribadi. Ia tidak dipaparkan kepada ahli lain, tidak ditunjukkan kepada Ambassador yang membawa anda masuk, dan tidak dijual kepada sesiapa. Dalam Gritz, hanya staf yang perlu membantu anda boleh melihatnya. Gritz boleh menggunakan perkongsian anda untuk membantu wanita lain yang melalui perkara yang sama, dalam kandungan, komuniti atau bahan Gritz; nama penuh, nombor telefon dan alamat anda tidak digunakan. Izin ini anda berikan sekali di skrin mula Journey, di mana semua perkara ini dinyatakan.

Kami juga menggunakan rekod ini dalam bentuk kumpulan, tanpa nama dan tanpa butiran yang boleh mengenal pasti anda, untuk memahami simptom yang biasa dilalui, menilai tip mana yang membantu, dan memperbaiki produk, kandungan serta pemasaran kami. Kami tidak menerbitkan apa-apa yang boleh mengenal pasti anda.

Anda boleh berhenti bila-bila masa dengan tidak lagi membuat check-in, matikan peringatan di skrin Journey, atau WhatsApp kami untuk memadam seluruh rekod Journey anda.

Pilihan anda

Semua kategori notifikasi aktif secara lalai dan boleh dimatikan bila-bila masa di Akaun, bahagian Privasi. Balas STOP di WhatsApp untuk berhenti terima mesej pemasaran.

Pendedahan

Jika anda mendaftar melalui pautan Ambassador Gritz, Ambassador itu mungkin dimaklumkan tentang order anda untuk tujuan rebat. Data tidak dijual kepada pihak ketiga.

Jika anda daftar melalui link rakan, rakan itu nampak nama pendek anda (contoh: Siti A.), tarikh anda daftar dan sama ada anda pernah membeli. Rakan itu tidak nampak nombor telefon, alamat atau butiran order anda.

Laporan masalah yang anda hantar melalui app disimpan supaya staf Customer Service Gritz boleh membantu dan menyemak semula jika perlu.

Akses & pembetulan

Anda boleh lihat dan ubah profil dalam app, atau WhatsApp kami untuk salinan data atau permintaan padam.