VIPPeppermint Essential Oil
Penerangan produk
Minyak pati Peppermint disuling daripada daun pudina. Aromanya sejuk, segar dan menyegarkan semangat.
Sesuai apabila anda perlukan rangsangan tenaga di tengah hari, penyegar untuk minda yang tegang atau haruman segar untuk ruang rumah. Sering digunakan dalam urutan untuk otot yang lenguh dan untuk membantu fokus. Digemari juga dalam campuran DIY dan pembersihan rumah secara semula jadi.
Dalam aromaterapi, Peppermint digunakan untuk membantu melegakan sakit kepala dan migrain, membuka saluran pernafasan, melegakan kembung dan senak perut, loya, senggugut, sakit otot dan sendi, serta membantu menurunkan panas badan.
Bahan
Minyak pati Peppermint (Mentha Piperita). Sesuai diadun dengan Basil, Bergamot, Cedarwood, Cypress, Eucalyptus, Fennel, Lemon, Mandarin, Marjoram, Thyme dan Rosemary.
Peringatan
Jauhkan daripada ibu hamil. Tidak digalakkan untuk bayi dan kanak-kanak. Boleh merengsakan kulit jika digunakan pada dos yang tinggi.











